Kemelut politik di Malaysia semakin parah dan tenat. Tidak cukup dengan serangan bertubi tubi keatas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, terdapat ura ura usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah dengan pilihanraya kecil yang akan diadakan untuk DUN Bkt Selambau. Sekarang satu lagi skandal yang bergolak melibatkan saudari Elizabeth Wong. Bila semua ini akan berakhir? Walaupun tidak ada sebarang bukti yg dapat mengaitkan BN dalam semua masalah ini, tetapi hakikatnya semua ini merupakan kebetulan yang sungguh tepat dan teratur.
Pakatan Rakyat dilanyakkan satu demi satu. Malah kelibat kelibat opportunis seperti Khir Toyo mula mengipas dan mengapi apikan sentimen rakyat dengan kenyataan kenyataan yg bodoh dan tak masuk akal dalam pengamatan saya. Pokoknya apakah rakyat akan termakan bisa dan racun yang ditaburkan? Mungkin segilintir akan diracuni tetapi mustahil majoriti rakyat akan tertipu dengan dakyah dakyah songsang ini.
BN ini memang mudah lupa dan alpa, tidak serik dengan kekalahan pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN telah merampas kerajaan Perak dengan mendabik dada dan menonggak dagu tinggi megah dengan pencapaian ini. Sebenarnya, marah juga apabila BN mencuri kuasa seumpama ini. Tetapi setelah lama berfikir, berbaloi juga usaha BN ini. Usaha kotor ini hanya akan membakar semangat rakyat keseluruhnnya. Terima kasih BN kerana memberi gerenti bahawa BN sememangnya "the dirtiest player on Earth" dan sejarah tidak akan lupa insiden ini.
Ada member yang tanya, apakah pendapat saudara dengan politik negeri Perak ini. Saudara hanya menjawab, semasa membelek belek gambar gambar diambil pada malam MB Nizar di kediaman rasminya, saudara tak nampak pun satu bayang kaum Cina. Kaum India pun tak nampak. Malah kaum Melayu pun hilang entah kemana. Yang saudara nampak adalah segorombolan rakyat Malaysia disitu! Only Malaysians! Itulah muafakat dan persepakatan yang ada pada malam itu. Itulah sillaturahim yang BN tidak ingin lihat melalui dasar pecah dan perintah mereka. Dan saudara hampir terlupa, MB Nizar ni dari parti PAS.
Dalam fikiran saudara, MB Nizar adalah wira for all Malaysians….hakikat itu adalah hakikat yang sebenarnya.
.
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment