">
Terpanggil hati saya untuk mendengar ucapan sulung Mohd Ezam Noor tentang mengapa beliau meninggalkan PKR dan memasuki UMNO, parti lamanya yg ditinggalkan beliau utk menyahut suara Reformasi bersama Dato Seri Anwar (DSAI).
Selama ini, saya tidak mahu komen banyak tentang saudara Ezam kerana sebagaimana yg kita tahu, saudara Ezam ini memang gah memperjuangkan prinsip keadilan sejagat, membanteras rasuah, dan apatah lagi dihumban masuk lokap kerana mempertahankan prinsip prinsip murni ini.
Tetapi setelah mendengar intipati ucapan sulungnya selama 5 minit, tuduhan liarnya keatas DSAI meninggalkan asas perjuangan PKR yg sebenarnya dimana dlm hatinya PKR sepatutnya sebuah parti berbilang kaum dgn asas Melayu, tetapi sekarang ini PKR diibaratkan sebagai penderhaka kerana meninggalkan asas Melayu yg sepatutnya menjadi sandaran utama perjuangan asal parti. Saya berasa syukur, saudara Ezam ini bukan lagi sebahagian PKR. Kerana sekiranya beliau masih lagi berada dalam parti PKR, selagi itulah beliau akan menjadi barah yg akan meresap masuk tubuh PKR, menjahamkan sel sel sihat dan menjadikan PKR sebuah parti yg lemah longlai seperti BN.
Siapa yg biadap Ezam? Siapa yg cuba menungkit ungkitkan sentimen perkauman? Ucapan kamu ni, tidak mempunyai nilai satu sen pun. Malah kalau ucapan kamu ini dilelongkan di E Bay ataupun di pasar malam ataupun diberi percuma, org tak nak beli. Kita dah muak dgn ucapan berbaurkan sentimen tak sihat. Ucapan kamu ini pada zahirnya menunjukkan bahawa kamu ini seorang yg racist. Malaysia ini merupakan sebuah negara yg aman dan makmur. Jadi jgn cuba jadi penyandang jaguh perosak No 1 negara.
Saya amat menyesal dan sedih melihat insan ini tersesat daripada perjuangannya yg asal. Ya, memang saya tidak kenal saudara Ezam secara peribadi, tetapi saudara Ezam satu waktu dahulu merupakan seorang hulubalang yg hebat dan berani. Komentar saya ini berkisarkan apa yg dibaca dan apa yg dilihat. Ezam ini bukan calang calang orangnya.
Ezam dalam amatan saya telah hilang segala kredibilitinya. Hanya yg tinggal, sebuah cerita mengenai kehebatannya satu waktu ketika dulu. Apa yg dapat diperagakan oleh saudara Ezam hari ini hanyalah retorik wadah perjuangan penuh dendam, hasad dengki yg hanya akan mengancam fabrik keharmonian negara Malaysia yg dicintai.
Vincent's china blue eyes (by Tan Hao Jin)
1 year ago
No comments:
Post a Comment