Tuesday, September 9, 2008

Tolak


Siapa sebenarnya pendatang di bumi tercinta ini? Apakah persoalan ini masih penting selepas 51 tahun negara kita menyambut kemerdekaan. Apakah laungan Merdeka ini milik satu kaum sahaja di Malaysia?

Ahmad Ismail, jangan kamu sekali kali lupa, setiap insan di negara ini tanpa mengenal erti warna kulit telah berhempas pulas membanting tulang keringat masing masing untuk membangunkan negara kita ini. Jangan cuba jadi jaguhan politik murahan menggunakan isu isu sensitif untuk kepentingan diri anda sendiri.

Sememangnya saya ini bukan penyokong Dr Koh Tsu Koon, tetapi tindakan mengoyakkan gambar beliau merupakan tindakan biadap yang hanya menjatuhkan darjat dan maruah UMNO Pulau Pinang (PP) keseluruhannya. Ini cara politik benggang ala Mugabe. Tepuk dada tanya selera.

Perlakuan Umno PP dan Ahmad Ismail menggunakan pendekatan sejarah untuk menegakkan benang yang basah memang melucukan. Perbuatan mereka umpama negara Jepun tidak lama dahulu yang cuba tukar beberapa fakta tentang penglibatan Jepun dalam Perang Dunia II. Sejarah boleh dipermainkan seumpama sebuah adegan dalam wayang kulit. Tetapi rakyat tidak akan diperbodohkan dan diperlekehkan oleh tindak tanduk segelintir puak yg mempunyai niat benci dan jahat dalam diri mereka.

Jangan cuba mempermainkan sentimen kaum dengan dusta mengatakan pihak bukan Melayu mempertikaikan hak kesitimewaan orang Melayu. Tidak pernah terlintas hati mana mana pihak untuk mempertikaikan hak hak semua rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Bagi saya, Ahmad dan UMNO PP ini hanya politik murahan yang cuba menggunakan isu isu lapuk ini untuk kepentingan diri mereka sendiri. Saya menyeru kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia supaya tidak tertipu dengan dakyah palsu mereka. Rakyat Malaysia menolak mentaliti zaman kolonial termasuk Che Det yang hanya akan membawa kehancuran kepada semua. Rakyat Malaysia sudah matang dan tidak akan tertipu lagi dengan slogan slogan murahan ini.

















No comments: