Saturday, August 18, 2007

Relevan MCA

MCA, sebut sahaja nama ini, naik berang lah aku. MCA ini merupakan satu satunya parti yg tidak mempunyai relevan lagi dlm polemik politik hari ini. Cakap saja parti Cina, tetapi MCA merupakan sebuah parti pengecut yg tidak berani bersuara di Parlimen mahupun di Kabinet. Ambil kes Wee Meng Chee baru baru ini. Soi Lek mengeluarkan kenyataan bahawa Wee telah meminta maaf dan kes ini telah selesai. Apakah yg berlaku selepas itu? Wee mungkin dihadapkan ke mahkamah. Malah baru saja saya habis menonton Warta Negeri di RTM 1. President GPMS dipetik masih memberi komen pedas dan kerasnya terhadap isu ini. Malah diambil pula beberapa budak sekolah, ditemuramah menerajang lagi Wee Meng Chee.

Jadi dalam kemulut ini, apakah usaha usaha yg telah dilakukan atau akan dilakukan oleh MCA? MCA ini umpama Mulut Cakap Aje, tetapi lain yg dilakukannya. Saya rasa cukuplah setakat ini, peluang diberikan kepada MCA. Pilihanraya ini, kita tolak MCA, parti yg memberi sumbangan kosong. Omong omong kosong dan janji janji palsu mereka kita tolak dlm pilihanraya ini. Dgn situasi politik memperlihatkan kerakusan dan kehakisan kebebasan dan sosio ekonomi setiap individu, MCA hanya diam membisu.

Kepada member aku yg hendak mengajak saya masuk MCA, langkah mayat saya dulu. Saya tidak akan menjual maruah saya memasuki parti ini.

No comments: