Thursday, August 23, 2007

MCA Pusing Belakang


Wow MCA publicises their heroic act. Wee has apologised. Beres. Please forgive Wee. But later on after a Cabinet meeting, case has been sent to AG Dept for review. Wee may be taken some form of legal action either under Sedition Act, National Anthem Act.......dunno la. Got so many acts. But MCA act smart only. Here is an excerpt after that. The pusing belakang statement from MCA.

Wow MCA, you're master of mask changing technique from China. If you're biawak, then you're a chameleon.

Hey fellow friends, can vote kah this kind of party? A party that pusing belakang. In life, what I hate most are people that have no integrity. And it goes without saying, the top echelon leaders in MCA are all talk only. They speak to the press how they will champion this and champion that which is pretty useless. To me thats omong omong kosong only. Wanna talk. Talk in Parliment. Speak up in the Cabinet meeting.



MCA bersetuju Meng Chee dihukum

Wednesday, 22 August 2007
PETALING JAYA: MCA bersetuju dengan gesaan pelbagai pihak supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap Wee Meng Chee kerana mencipta klip video menghina lagu Negaraku dengan menggunakan bahasa kasar dan lucah.
Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, persetujuan itu selaras dengan prinsip parti berkenaan bahawa perkataan lucah dan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak boleh digunakan semata-mata atas nama kebebasan.
``Kita berharap kerajaan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar prinsip ini dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai apa tindakan yang seharusnya dikenakan,'' katanya.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kongres Patologi dan Makmal Perubatan Sedunia Ke-24 di sini.
Sebelum ini, akhbar-akhbar melaporkan Meng Chee meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan penyiaran lagu yang diberi tajuk `Negarakuku’ itu.
Meng Chee juga dilaporkan telah mencipta sebuah lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang terang-terangan menghina kaum Melayu.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang terhadap Meng Chee, 24, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam sebuah universiti di Taiwan akan diteruskan walaupun dia sudah meminta maaf secara terbuka.
Dalam pada itu, Soi Lek berkata, beberapa kenyataan pemimpin MCA sebelum ini supaya kes itu diselesaikan setelah Meng Chee meminta maaf tidak harus disalah tafsir bahawa parti itu mempertahankan orang yang menggunakan perkataan lucah serta memperalatkan agama dan kaum.
``Ini tidak benar kerana kita menghormati prinsip saling hormat menghormati dalam sebuah negara majmuk dan kita bersetuju tindakan diambil bukan sahaja terhadap Meng Chee malah kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan menggugat keharmonian antara kaum,'' tegasnya.
Beliau menjelaskan, pihaknya mahu isu itu diselesaikan segera kerana bimbang ia diperalatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk parti pembangkang demi kepentingan politik mereka.-Utusan

No comments: