Bincang mengenai DEB secara terbuka? Sebelum sebarang perbincangan dapat diadakan, kita kena tanya kerajaan terlebih dahulu, apakah mereka berani menyahut cabaran ini? DEB sebagaimana Tun Dr Ismail gambarkan dalam bukunya The Reluctant Politician, seumpama "handicap" dalam permainan golf. Ia merupakan satu polisi yang tidak sepatutnya dilanjutkan selama lamanya.Pucuk pemerintahan sedar polisi seperti ini mengurangkan daya saing sesebuah negara. Jika tidak, mengapa kerajaan membenarkan sebuah polisi berasingan yang berlandaskan meritokrasi di IDR? Kerajaaan sedar kemampanan dan kemampuan sesebuah negara bersaing di mata dunia dalam era ini tidak mungkin tercapai melalui "protectionism" tetapi melalui persaingan sihat seperti "joint venture", "takeover", "merger" dan lain lain lagi. Istilah istilah inilah yang menjadi mangkin pertumbuhan jentera ekonomi sesebuah negara masa kini
Sebelum kita berbincang tentang DEB, tanya diri sendiri, adakah kerajaan Malaysia benar benar ikhlas dan nekad hati berbincang tentang kejayaan dan kegagalan DEB selama ini? Saya pasti, anda semua sudah tahu jawapannya.
05/07: Bincang DEB secara terbuka – Keng Yaik
[print] Category: General
Posted by: Raja Petra
Utusan MalaysiaPenasihat Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menggesa kerajaan supaya membenarkan isu sensitif termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang didakwa meminggirkan kelompok tertentu dalam masyarakat, dibincangkan secara terbuka oleh orang ramai.Beliau berkata, ia wajar dilakukan kerana rakyat sudah matang untuk membincangkan isu-isu kontroversi berkaitan agama, budaya dan politik memandangkan negara sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan.‘‘Ia seperti lelaki berusia 50 tahun yang dianggap berada di pertengahan umur dan matang serta boleh membincangkan isu ini secara rasional dan bertanggungjawab,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan forum awam bertajuk Cabaran Perpaduan Nasional yang disampaikan oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar di sini malam ini.Menurut Keng Yaik, perbincangan terbuka itu perlu melibatkan isu lain yang dianggap boleh menjejaskan perpaduan dan keselamatan negara seperti ketidakseimbangan dalam pasaran kerja, penswastaan syarikat dan pendidikan.
Thursday, July 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wah! peguasaan bahasa malaysia kamu sungguh mengkagumkan.
kerajaan patut membaiki sistem galakkan yang diberikan kepada industri tempatan supaya mempunyai kekuatan dan kemampuan sebenar. daya saing dengan pelabur asing amat diperlukan disebabkan pasaran bebas yang memudahkan kemasukan syarikat gergasi taraf antarabangsa.
tetapi dengan bantuan sahaja adalah tidak cukup..yang penting adalah pemikiran.jika pemikiran yang tidak matang(selalu hendak bergantung kepada bantuan sahaja), bantuan yang banyak juga tidak berkesan..maka hanya memburukkan pretasinya sahaja.
supreme
paul george
yeezy wave runner 700
pandora
pandora
longchamp
yeezy shoes
curry 7 shoes
supreme sweatshirt
kobe shoes
Post a Comment